Andai ini penghujungnya ... ( BAHAGIAN 1 )

" Sayang, lafazkan kata kata cintamu kepada abang walaupun jasad abang tidak lagi bersama sayang. Abang sayang sangat dekat awak..... " 

Ini adalah keratan kertas yang abang Hazrul tinggalkan pada Maisarah sebelum dia pergi sambung belajar di Australia. Sebahagiannya lagi tidak Maisarah ketahui dimana .....


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Maisarah seorang gadis desa yang pandai menjahit. Hazrul pula sebagai pasangan kekasih Maisarah dan mereka telah terjalin hubungan selama 2tahun lebih. Keakraban mereka membuatkan Melissa iri hati kerana Hazrul adalah Idolanya daripada dia kecil sehingga dia bergelar anak dara. Melissa menginginkan calon suami seperti Hazrul, walaupun tidak setampan jejaka lain, tetapi hatinya mampu membuat mana mana perempuan jatuh hati dengan kata katanya yang manis walaupun ianya sekadar nasihat.


...................................................................................................................................................


Dua hari lepas, Hazrul telah menerima sepucuk surat daripada Universiti Melbourne. Hazrul harus terbang ke sana dalam masa sebulan. Tempoh masa tawaran semakin singkat kerana ini adalah tawaran kali yang ke tiga  yang telah dia terima. Hazrul menggunakan sisa baki masanya sebelum terbang ke sana bersama dengan Maisarah dan keluarganya.


Sudah berberapa kali Hazrul mencuba untuk memberitahu Maisarah tentang khabar ini, tetapi Maisarah sentiasa sibuk dengan kedai jahitnya dan rakan karibnya Ajai. Mereka sentiasa bersama dan kadang kala Hazrul di ketepikan walaupun mereka keluar bersama, apatah lagi duduk di satu meja yang sama.


Hazrul tidak mampu lagi untuk menolak tawaran tersebut kerana Arwah ayahnya telah meletakkan harapan yang sangat tinggi kepadanya kerna dia satu satunya anak yang paling bertanggungjawab berbanding abangnya Syazwan. Hanya dia saja yang mampu menampung serta menjaga Ibunya yang kian hari kian tua usianya dan juga kedua adik adiknya yang masih lagi menuntut di sekolah menengah.


....................................................................................................................................................


Masa bergerak dengan begitu pantas, sekejap saja sudah sebulan. Hari ini bersamaan 14 Rejab, aku perlu menanam semangat dan tekad baru untuk aku berjuang demi menentukan masa depan aku walaupun aku tidak sempat mengucapkan selamat tinggal dekat Maisarah. Daku berharap sangat dia faham apa yang sedang berlaku pada diri dan keluargaku. Aku sangat tersepit . Aku pergi dengan membawa harapan yang menggunung sambil meninggalkan harapan di sini, iaitu kau, Maisarah.


" Semoga Allah merberkati perjalananku .... dan menjaga segala harta serta nyawa yang telah aku tinggalkan di Malaysia, kerna tanpa mereka, pandangan ku bakal kabur.... Ameen. Bismillahirrahmanirrahim. "

...................................................................................................................................................................

"Jaii, kau nampak Hazrul tak ? dah 3 hari aku tak nampak dia ", sapa Maisarah.

" Tak pulak Mai. Kenapa kau tanya aku ? kau kan kekasih hati dia . halamakk ", balas Ajai.
"Takdelaa , tetibe aku  rindu dia .... takpelah , t aku pergi rumah dia".

Lepas saja waktu bekerja Maisarah terus pergi ke rumah Hazrul.

Dalam perjalanan ke rumah Hazrul, Maisarah berselisih dengan Melissa.

"Hoii Maisarah, melulu je kau kan ? aku ni tunggul ke ?," ujar Melissa dengan nada sindiran.

"Ehh , tak kak Mel, nak cepat je ni. nak pergi rumah Hazrul", jawab Maisarah.
"Kejap kejap, kau cari siapa ? Hazrul ? kau ni lupa ke dia dah fly jauh ?".
"Maksud akak ? saya tak faham ."
"Susahlah berbual dengan orang lembab macam kau, HAZRUL DAH SAMBUNG BELAJAR ! Dia tinggalkan kau dah . Apa lagi yang kau tak faham , aku boleh jerit dekat telinga kau lagi. Nak ??!. macam mana tah Hazrul boleh suka kat kau , dahla pekak"

Maisarah tergamam lalu menjawab,

"Ohhh, dia mungkin lupa untuk bagitahu khabar dekat saya. Saya mintak diri dulu ye kak Mel".

Tiba di rumah Hazrul, Maisarah melihat wanita tua sedang menyapu halaman rumah lalu ....


"Assalamualaikum Mak Teh, Mak Teh sihat ?"

"W'salam nak, Mak Teh ni kan dah tua, biasalah"
"Tumpang tanya Mak Teh, Hazrul ada ?".
"Nak, Hazrul tak bagitahu kamu ke yang dia pergi ke luar negara untuk sambung belajar".
"Tak Mak Teh, dia tak bagitahu saya pun.... "
"Kejap ye nak, hari tu Hazrul ada titipkan surat dekat kamu, sebentar yaa nak".

Air mata Maisarah jatuh membasahi bumi.

Mak Teh menuju ke arah Maisarah sambil berkata,

"Usahlah kamu bersedih, jika ada jodoh, Hazrul pasti kembali kepada kamu".


Maisarah membuka sampul itu dan di dalam sampul itu terdapat keratan kertas daripadanya....


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Bersambung.......


No comments: